Latest Updates

Budak perempuan umur setahun mengandung




PERUT Mengru didapati mempunyai janin yang merupakan kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.




BEIJING - Doktor-doktor di China terkejut apabila mendapati terdapat bayi di dalam perut seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak perempuan tersebut, Kang Mengru mengejutkan petugas-petugas perubatan apabila perutnya beransur-ansur menjadi besar.
Beberapa doktor melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk mencari punca perut kanak-kanak itu membesar dan menemui satu janin di dalam perut Mengru.
Mereka percaya janin itu ialah kembar parasit iaitu kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.
Kanak-kanak itu kini menunggu untuk menjalani pembedahan bagi membuang janin itu. - Agensi

0 Response to "Budak perempuan umur setahun mengandung"

Posting Komentar