Latest Updates

Misteri segitiga bermuda

LOKASI SEGITIGA BERMUDA...Yang di katakan misteri

Segitiga Bermuda dikenali kerana fenomena yang tidak dapat dijelaskan dan misteri yang telah menelan kapal dan pesawat yang hilang sejak Abad 15. Tempat ini juga dikenali sebagai segitiga syaitan.

Segi tiga Bermuda adalah kawasan di antara Florida, Bermuda dan Puerto Rico. Rantau di bahagian barat Lautan Atlantik di mana bilangan pesawat dan kapal yang hilang begitu sahaja di dalam keadaan yang tidak dapat dijelaskan dan misteri.

Terdapat beberapa cerita-cerita dan mitos memberitahu tentang sejarah segitiga Bermuda, tetapi masih misteri yang tidak dapat diselesaikan. Tiada siapa yang boleh menjelaskan teori sebenar mengenai kehilangan pesawat dan kapal. 

Ada hadis yg diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, 
lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebahagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau 
meninggalkan tempat itu” dikatakan larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.

Jadi apa kaitannya dengan bermuda???

Di katakan larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.Jadi apa kaitannya dengan bermuda??? Alasannya kerana bermuda 
terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bahgian utara dan Afrika.Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari afrika 
dan sejuk dari Amerika Utara.

Dengan hadis ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda.Perkara-perkara aneh yg terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul "Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda" Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir,bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal.
SEGI TIGA BERMUDA... Dari pandangan satelit.
Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawaban untuk semua pertanyaan.

Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupakan tempat titik terhujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya 

dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan 

tersebut.Syaitkh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggunakan jubah suci berwarna kebiruan.

Jika begitu,apa penyebab hilangnya berbagai jenis kapal ditempat itu???

Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tidak boleh mendekati pusat kawasan agung itu,maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan 

untuk menghalangi setiap manusia yang mencuba untuk memasuki kawasan agung itu(segitiga bermuda).Kerana sesungguhnya barang siapa yg boleh sampai ketempat 

titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya.Banyak orang-orang zaman dahulu yang telah mencuba kepusat 

Segitiga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunia semula.

Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencuba masuk ke kawasan agung itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan 

permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.


p/s: Sesungguhnya Allah SWT lah yang paling tahu apa sebenarnya segitiga bermuda itu.
Wassalam.


Sila lihat video-video berkaitan "SEGI TIGA BERMUDA"










Sering tersadung

MALU mungkin perkara pertama yang terlintas di benak sesiapa saja yang melihat kaki Shaliza Shah Zulkarib, 38. Malu jugalah yang berkunjung ke dalam pemikiran pemilik tubuh itu ketika pertama kali beliau disahkan menghidap Lymphedema praecox iaitu sejenis penyakit untut.


Berupa luar biasa dengan bonjolan, bengkak dan kulit yang berlipat, kedua-dua belah kaki Shaliza membengkak sehingga menghilangkan bentuk asalnya. Tiada lagi kakinya yang panjang atau betisnya yang bagaikan bunting padi yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu.
Jangankan hendak menyarung seluar jean yang menjadi kegemaran ramai wanita pada hari ini, kain atau skirt yang dipakainya juga perlu ditempah khas kerana saiz kakinya yang tidak menentu bentuknya dan terus membesar itu.
“Mula-mula saya dapat tahu saya menghidap untut, dua bulan saya menangis dan tidak keluar rumah. Saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Rasa malu dan kecewa.


“Saya betul-betul terkilan sebab hajat saya hendak tolong keluarga,” ceritanya yang kini mempunyai berat badan 160 kilogram.
“Kami enam beradik, semuanya bersekolah. Ayah kerja kerani di Jabatan Meteorologi. Emak tak kerja. Selepas tamat sekolah menengah, saya cuba nasib di MAS dan pada masa yang sama bercita-cita untuk menyambung pelajaran hingga ke peringkat universiti,” tambah Shaliza.
Sebulan selepas mula bekerja sebagai krew kabin, ibu kepada lapan orang anak ini menerima surat tawaran untuk menyambung pengajian dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Melaka.
“Perakaunan adalah kursus kegemaran saya. Tapi saya tolak kerana mahu melihat abang dan adik-adik saya habiskan pengajian. Fikir saya, selepas bekerja lima tahun, mungkin dapat sambung belajar semula,” kongsinya.
Belum pun lima tahun bekerja, kaki Shaliza pula membengkak.
MUNGKINKAH Shaliza akan mendapat semula kakinya yang cantik bagaikan bunting keladi itu?


“Jadi cita-cita (untuk sambung belajar) itu sampai di situ saja.
“Nasib baiklah MAS membenarkan saya terus bekerja,” katanya yang sempat menjadi pramugari selama lima tahun sebelum ditugaskan di pejabat pentadbiran bahagian komunikasi Penerbangan Malaysia (MAS).
Berdengkot-dengkot dari dapur ke ruang tamu rumahnya di Kajang, Selangor, sambil mengusung set cawan dan teko berisi milo panas, Shaliza nyata belum hilang semangatnya biarpun sudah berada dalam keadaan ini sejak 19 tahun yang lalu.
“Banyak yang perlu saya fikirkan untuk akhirnya membuat keputusan mahu dibedah sebab kata doktor, selepas saya dibedah, saya akan terlantar di hospital enam bulan sebelum sembuh.
“Kalau tidak beransur baik, kaki saya mungkin akan bengkak semula atau lumpuh sebab urat yang berselerakan atau tersumbat.
“Mungkin juga saya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada berbagai jenis ubat bagi mengelakkan kaki kembali membengkak. Saya juga berisiko mengalami pendarahan dalaman,” katanya.
“Lagipun, tidak ada susulan kisah penghidap untut lain yang sebelum ini pernah dikeluarkan media yang mengatakan mereka akan menjalani pembedahan.
PENANTIAN sehingga 19 tahun untuk mendapatkan semula kaki yang normal diharap akan berakhir.


“Malaysia pula, 10 tahun yang lalu, tidak mempunyai pakar seperti di India atau UK yang memang sudah biasa menerima kes seperti ini. Jadi lebih susah untuk saya percaya atau menyerahkan nasib kepada mana-mana pihak,” ujarnya.
Sekarang, anak-anak sudah besar. Sudah boleh menjaga diri sendiri. Sudah boleh berdikari, kata Shaliza. Teknologi perubatan juga sudah semakin canggih.
Dengan sokongan yang diterima keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan tidak kurang juga mereka yang pernah senasib dengannya, kini Shaliza lebih tenang memikirkan masa depan anak-anak dan suami.
“Adik saya sudah habis belajar. Mungkin dia boleh tolong tengokkan anak-anak saya nanti. Anak-anak pun sudah boleh jaga diri sendiri. Jadi sekarang masa sudah sesuai,” katanya.
Kos pembedahan dan rawatan susulan untuk kedua-dua kaki Shaliza dianggarkan RM500,000.
Banyak tersenyum ketika berkongsi cerita, ada ketika mengalir juga air mata, terutama ketika berbicara tentang tanggungjawabnya sebagai isteri, ibu dan ahli keluarga.
KAKI kirinya yang semakin lemah menyebabkan Shaliza sering hilang imbangan dan terjatuh.


“Saya pun teringin juga hendak melayan keluarga seperti wanita lain. Bila cukup bulan, teringin nak keluar berjalan-jalan, berpiknik di taman, membeli-belah di gedung beli-belah yang besar-besar itu.
“Tapi dalam keadaan ini, saya menjadi cepat letih. Kalau duduk terlalu lama, ngilu mula terasa di bahagian lutut. Kalau berjalan, tapak dan tumit kaki memanglah tidak terkata sakitnya.
“Pinggang pula lenguh-lenguh,” kongsi Shaliza yang kini hanya berkunjung ke pasar raya hiper dan menunggu anak-anak dan keluarga di mana-mana bangku yang ada sementara mereka mencari barang keperluan masing-masing.
Dalam keadaan sekarang, setiap kali melihat kapal terbang melintas, Shaliza hanya dapat memikirkan rasa ngeri sekiranya pesawat itu jatuh terhempas.
“Dulu sewaktu bekerja, memang saya tidak takut langsung. Tetapi apabila melihat ia dari bawah, itulah yang saya rasa,” ujarnya.
INFO
- Shaliza sudah tidak bertemu dengan doktor pakar sejak lima tahun yang lepas. “Cadangan terakhir yang doktor beri ialah membedah kaki ini. Selain itu memang tidak ada ubat untuk merawat untut. Jadi saya sekadar meneruskan hidup dengan keluarga, kerana ada banyak perkara lagi yang perlu difikirkan,” katanya.
- Suaminya, Safuan Abd. Rahim, 43, pernah bertanya kepada Shaliza, kenapa gaji yang diperoleh tidak digunakan untuk membeli barang kemas untuk diri sendiri. “Saya tak pernah terfikir untuk membeli apa-apa untuk diri sendiri. Semuanya memang saya habiskan untuk keluarga,” katanya.
- Semasa bernikah dengan Safuan, Shaliza tidak meminta sebarang duit hantaran. Sebaliknya beliau meminta agar suaminya menggunakan duit itu untuk menghantar kedua ibu bapanya menunaikan fardu Haji.
- Shaliza dan Safuan bertemu jodoh di Jabal Rahmah, Mekah, ketika membawa ibu masing-masing menunaikan umrah.
- Sepanjang 19 tahun menghidap untut, berpuluh kali beliau menjadi mangsa penipuan bomoh dan dukun. Ia sedikit sebanyak membuatkan beliau semakin berputus asa.
“Banyak duit dihabiskan di situ. Sekarang, apabila ada yang menawarkan rawatan sebegitu, kami sudah lebih berhati-hati,” ujarnya.
- Kerana bentuk badan yang tidak seimbang dan kaki kirinya yang lemah, Shaliza sering jatuh, walaupun tersadung permaidani. Pengalaman paling teruk dialaminya ialah jatuh dan terhantuk ke gril pintu sehingga patah gigi hadapan.
- Shaliza tidak boleh makan makanan yang panas seperti berempah kerana ia akan menyebabkan suhu badannya naik dan kemudiannya demam. “Bila demam, kaki akan naik bintik-bintik merah. Kadang-kadang sampai berbisul dan bernanah. Kalau demam, siapa pun tidak boleh sentuh kaki saya.”

Hebat Kereta selaju 1,000 batu sejam dicipta



PROJEK kereta terpantas Bloodhound menyaksikan perlumbaan jentera canggih dibina di seluruh dunia.

LONDON - Selepas kejayaan mencipta kereta berkuasa jet roket pada 1997 dengan kelajuan 1,228 kilometer sejam, penyelidik British kini mahu memecah rekod lebih pantas.

Kereta terbaru yang dikenali sebagai Bloodhound itu dengan kuasa enjin jet Eurofighter-Typhoo, bakal dipandu pada kelajuan 1,000 batu sejam atau bersamaan dengan 1,610 kilometer sejam.
Konsep kereta tersebut yang lebih pantas daripada tembakan peluru senapang patah sudah dijalankan 18 bulan lalu dan projek itu bakal dilancarkan pada akhir tahun 2011.
"Ia mampu memecut daripada sifar kepada 1,690 kilometer sejam dalam masa 40 saat dengan berat badan 12 tan titanium gred tinggi," kata ketua projek, Richard Noble. - Agensi

Selamatkah album foto internet?

Selamatkah album foto internet?
Sejauh manakah selamatnya menyimpan gambar dalam talian pada portal-portal Internet?

GAMBAR-GAMBAR yang disimpan dalam portal Internet berisiko disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

DEWASA ini, kamera digital sudah begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang semakin maju melangkah dalam era digital. Di majlis-majlis perkahwinan dan keraian lain contohnya, telefon berkamera, kamera digital SLR mahupun kompak sudah menenggelami populariti kamera analog yang menggunakan filem.

Selari dengan perkembangan ini, bilangan laman web yang membolehkan perkongsian foto digital secara umum turut meningkat. Laman web atau online album ini menjadi pusat depositori pengguna untuk menyimpan koleksi gambar mereka buat tatapan sahabat taulan serta saudara mara tidak kira di mana mereka berada.
Namun, adakah selamat untuk berkongsi koleksi foto peribadi anda di laman ini? Sama ada sedar atau tidak, foto peribadi mengandungi maklumat berkaitan anda dan keluarga, harta benda milik anda serta aktiviti yang dilakukan bersama keluarga mahupun teman.
Kekhuatiran ini sebenarnya ada asasnya kerana terdapat banyak laporan tentang pelanggaran privasi yang berpunca daripada perkongsian maklumat pada laman web umum menunjukkan laman seperti ini mungkin tidak selamat sekiranya kita tidak berhati-hati.
Laman web yang membenarkan perkongsian gambar seperti Fotopages, Flickr dan PicasaWeb merupakan portal himpunan gambar yang popular hari ini. Laman ini membenarkan ahlinya menyimpan serta mencoretkan nota pada setiap keping gambar yang terpapar.
Secara umumnya laman seperti ini mendapat keuntungan menerusi cetakan gambar, kad serta cenderahati seperti kalendar yang dicetak dengan gambar pilihan kita. Ahli pula boleh berkongsi gambar dengan teman dan keluarga dengan memberikan pautan kepada laman foto mereka.
Sesetengah laman menawarkan ciri keselamatan dengan menghendaki pelawat memasukkan kata nama berserta kata laluan sebelum dibenarkan melihat gambar di dalamnya. Pelawat juga boleh meninggalkan komen pada mana-mana gambar yang mereka rasakan menarik.
Ketika ramai yang ghairah memaparkan gambar mereka secara dalam talian, ada yang mengambil kesempatan untuk mengeksploitasinya. Wujud kes di mana pemilik album gambar ini diekori oleh seseorang yang tidak dikenali - yang berpunca daripada perkongsian gambarnya sendiri.
Lebih mengerikan, terdapat juga kes pembunuhan dan penculikan di Amerika Syarikat yang berpunca daripada perkongsian gambar. Pada Disember tahun 2004, Lisa Montgomery telah ditahan dan dituduh membunuh Bobbie Jo Stinnett yang ketika itu sedang hamil lapan bulan.
Hasil penyiasatan polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati Montgomery mengetahui Stinnett hamil melalui laman web yang memaparkan gambar Stinnett bersama anjingnya. Kemudian penjenayah kejam ini menghubungi Stinnett kononnya hendak membeli salah seekor daripada anjingnya. Tanpa sebarang syak, ibu malang tersebut memberikan alamat rumahnya. Perjumpaan kemudian diatur dan berakhir dengan tragedi memilukan itu.
Apabila maklumat peribadi dihantar ke internet, pastinya anda melakukannya dengan tujuan tertentu seperti berkongsi gambar dengan teman dan keluarga atau mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan anda. Namun, apabila maklumat peribadi didapati secara bebasnya di internet, anda kehilangan kawalan tentang siapa yang akan menggunakan maklumat tersebut dan bagaimana ia akan digunakan.



Terdapat banyak maklumat yang terdapat daripada album foto di internet daripada gambar hinggalah nota-nota ringkas. Seperti slogan Fotopages, 'Kerana sekeping gambar melambangkan ribuan perkataan', gambar peribadi boleh membawa pelbagai maklumat kepada mereka yang rapat dengan anda, tetapi sekiranya tidak dihadkan, ia juga boleh digunakan oleh mereka yang tidak sepatutnya.
Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN

Awas Longan ada bahan pengawet

BASUH LONGAN...Sebelum di makan.

KOTA BHARU - Bagi penggemar buah longan, anda diingatkan supaya berhati-hati ketika memakannya kerana dikatakan mengandungi bahan kimia pengawet 'Sulfur Dioxida' yang meninggal kesan negatif terutama kepada pesakit asma.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Lila P. Mohamed Meeran berkata, mereka yang memakannya boleh mengalami pening dan sakit kepala, berpeluh, hidung berair dan kegatalan kulit.
Katanya, sulfur dioksida yang merupakan sejenis bahan pengawet digunakan secara meluas bagi mengekalkan warna dan tekstur buah termasuk buah longan.
"Peraturan-peraturan makanan 1985 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan hanya membenarkan penggunaan bahan berkenaan sebagai bahan pengawet tetapi tidak melebihi 30 miligram (mg) bagi setiap kilogram buah berkenaan,
"Tetapi penggunaan bahan berkenaan melebihi had yang dibenarkan dan sering dikesan dilakukan oleh pihak-pihak terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Misteri akar pokok

AKAR POKOK...Juga seperti manusia.

SAINTIS telah menemui jawapan bagaimana akar pokok merasakan haluan tumbuhnya dalam kegelapan di dalam tanah.


Apabila akar tumbuhan bercambah dalam tanah, ia menemui pelbagai halangan seperti batu-batu yang menghalang laluannya. Bagaimanapun, akar tersebut 'bijak' membuat lencongan pada sekitar halangan ini dan kajian terbaru yang diperincikan dalam jurnal Science memberitahu bagaimana ia dilakukan.

"Kuncinya terletak pada rerambut yang terdapat pada akar," kata ahli kumpulan kajian Liam Dolan dari John Innes Centre, Britain. "Kami telah mengenal pasti satu mekanisme kawalan penumbuhan yang membolehkan rerambut ini menemui laluannya, seterusnya memanjangkan akar apabila laluan itu tiada halangan.

Akar menemui jalannya di dalam tanah sama seperti manusia yang teraba-raba dalam gelap. Jika ia terlanggar sebarang halangan, ia dapat merasakan ada sesuatu di sekitarnya sehingga ia terjumpa satu ruang yang boleh diteruskan penumbuhan.

Akar melakukan ini menerusi kitaran kimia automatik. Sejenis protein di hujung rerambut akar yang dinamakan RHD2, menghasilkan radikal bebas yang merangsang penyedutan kalsium dari tanah. Kalsium-kalsium inilah yang meneruskan aktiviti kitaran berkenaan.

Kitaran itu akan berhenti apabila rerambut akar itu terlanggar halangan tersebut kerana kalsium tidak dapat lagi disedut. Akar tersebut kemudian mula tumbuh pada haluan yang lain.

Kucing hidup ditusuk panah

Kucing hidup ditusuk panah


GAMBAR menunjukkan sebilah anak panah menembusi kepala seekor kucing.


BLOOMINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing di sini masih mampu hidup walaupun kepalanya ditembusi sebilah anak panah, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang doktor haiwan di sini berjaya menyelamatkan nyawa Brownie yang berusia empat tahun apabila anak panah sepanjang 33 sentimeter di bahagian tengkorak itu dikeluarkan.
Haiwan berkenaan dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab namun doktor haiwan tersebut percaya kucing itu selamat kerana ia baru kehilangan salah satu daripada sembilan nyawanya. - Agensi