Latest Updates

Gempar bangkai makhluk asing ditemui di Rusia





KLIP video di laman YouTube menunjukkan bangkai makhluk asing ditemui di kawasan bersalji di Republik Buryatia, Rusia.

ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.
Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.
Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.
Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.
Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.

                             PLAY !
                            PLAY !
Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. - Agensi

Awas Foto peribadi dieksploitasi

Awas Foto peribadi dieksploitasi

RAMAI artis yang menjadi mangsa kontroversi di Internet gara-gara pelbagai foto peribadi mereka.


APABILA blog, portal atau laman sosial yang dimiliki dianggap sebagai laman peribadi, kecenderungan paparan yang dikemaskini juga bersifat peribadi sangatlah tinggi. Ia adakalanya bagaikan sebuah diari.

Dari satu sudut, Internet menjadi medium terbaik untuk seseorang artis berkongsi apa sahaja aktiviti, kegemaran serta luahan isi hati bersama peminat, namun dari sudut yang lain pula ada risiko dan bayaran yang harus mereka tanggung.
Kes salah faham serta penyalahgunaan gambar peribadi artis yang diambil daripada portal milik artis sendiri oleh pihak lain sudah bukan perkara luar biasa dan sering berlaku dalam dunia hiburan.
Lebih malang, daripada sekadar pengisi paparan untuk berkongsi kegembiraan, ia menjadi gurauan dan akhirnya mencetuskan kontroversi. Yang menerima padah ialah artis terbabit.
Beberapa nama popular seperti Zana AF5, Misha Omar, Zarina Ann Julie, Ashraf Sinclair dan Sharifah Sofea sekadar menyebutkan beberapa nama, antara artis yang pernah hangat diperkatakan gara-gara penyebaran gambar panas serta 'permainan' tidak beretika di Internet.
Terbaru, gara-gara gambar panas yang diisi menerusi Facebook miliknya, seorang peserta programGadis Melayu musim kedua, Sharifah Jasmine Soraya terpaksa menanggung kontroversi apabila gambar-gambar itu dirujuk tidak mencerminkan seorang gadis Melayu.
Seorang lagi pelakon wanita yang sedang mencipta nama menerusi drama keagamaan Nur Kasih, Tiz Zaqyah juga terkena tempias yang sama. Adab serta tatasusilanya sebagai gadis penuh pekerti di skrin TV sedikit dipersoalkan apabila gambar-gambar berpelukan serta memegang minuman keras memenuhi paparan di Internet.
Salah siapa dan bagaimana gambar-gambar 'tidak manis' sebegitu boleh disaksikan umum, tepuk dada, tanya selera!



Dikritik masyarakat bahkan menerima amaran keras daripada ibu bapa, Sharifah Sofea mengakui penyebaran gambar panas miliknya di Internet tidak berapa lama dahulu berpunca daripada kealpaan sendiri.
"Kalau gambar itu diambil menerusi laman web peribadi artis, itu salah sendirilah. Kalau tidak sengaja memasukkan gambar-gambar sebegitu di Internet, perkara sedemikian tidak akan berlaku. Peliknya, hanya kawan-kawan saya boleh mengakses melihat gambar peribadi berkenaan, tidak tahu pula itu angkara siapa.
"Saya pernah terkena dan sampai sekarang, saya beringat dan bertekad tidak akan ulang perbuatan yang sama. Walaupun bagi saya gambar-gambar bersama teman lelaki itu sekadar suka-suka tapi masyarakat di Malaysia belum dapat menerimanya secara terbuka. Saya kena akur," beritahu Sharifah Sofea mengenai insiden yang pernah berlaku ke atasnya.
Sofea bakal berkahwin dengan teman lelakinya itu bulan depan dan mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.
"Kontroversi begitu membuatkan nama saya jadi popular tapi bukan itu yang saya mahukan. Tapi saya tak serik untuk berblog, sekarang pun saya baru membina satu foto blog yang hanya akan mengisi gambar-gambar koleksi peribadi saya," jelas Sofea.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Adam dan Hawa, Misha Omar pula punya pandangan berbeza. Aktiviti sesetengah pihak yang mengambil gambar peribadi miliknya yang terdapat dalam laman Facebook dan menjadikan gambar berkenaan sebagai bahan kritikan negatif di sebuah laman forum di Internet disifatkan Misha sebagai pencerobohan tidak beretika.
"Saya rasa dipermainkan sebab gambar itu tidak mencerminkan apa yang mereka bahaskan. Rasa menyesal juga timbul kerana menerima semua orang sebagai kawan di Facebook. Saya anggap mereka sebagai peminat malangnya saya pula yang kena," jelas Misha.
Ekoran dipersendakan, Misha mengakui hilang minat untuk aktif dalam mengemaskini lamanFacebooknya sama ada menerima teman baru ataupun sebarang status terkini.
"Kadang-kadang rasa tidak adil kepada kawan dan peminat yang benar-benar mahu berinteraksi secara lebih dekat dengan saya. Tapi tekanan sebegitu buat saya rasa tidak berbaloi. Insya-Allah, saya akan membuka blog khas untuk karier sahaja bagi mengelak berlaku perkara yang diingini lagi," ujarnya kesal dengan sikap segelintir pengguna Internet yang suka berselindung menggunakan nama samaran tetapi lantang mengkritik orang lain.



Tupai bergaya di depan kamera

Tupai bergaya di depan kamera

GAMBAR menunjukkan seekor tupai berada di depan kamera Mellisa dan suaminya.


TAMAN NEGARA BANFF - Seekor tupai sempat melompat dan berdiri di depan kamera semasa Mellisa Brandt dan suaminya merakamkan gambar mereka di Tasik Minnewanka, Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.
Aksi haiwan itu menyebabkan gambar tupai tersebut turut dirakamkan secara tidak sengaja.
"Kami meletakkan kamera di atas batu dan bersiap sedia untuk gambar kami dirakamkan secara automatik apabila tiba-tiba seekor tupai datang kerana tertarik dengan bunyi kamera," kata Mellisa.
Menurutnya, dia dan suaminya ketawa apabila melihat aksi tupai itu kerana ia merupakan peristiwa yang mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup mereka. - Agensi

Upah gunting rambut Sultan Brunei RM86,497

Upah gunting rambut Sultan Brunei RM86,497
Source:http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

SULTAN HASSANAL BOLKIAH


LONDON - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei, lapor akhbar Sunday Timeskelmarin.

Baginda menyewa suite peribadi sebuah pesawat bagi membolehkan tukang gunting kegemarannya, Ken Modestou tidak bercampur dengan penumpang lain kerana bimbang dia dijangkiti virus selesema babi.
Sultan Brunei merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai £12 bilion (RM69.15 bilion) menggunakan khidmat Modestou sejak 16 tahun lalu.
Dia bekerja di sebuah kedai gunting di Hotel Dorchester di Mayfair, tengah London.
Pada setiap tiga atau empat minggu, dia diterbangkan ke Brunei dan diberikan penginapan selama beberapa malam selain upah ribuan dolar sebelum balik ke London.
George Kadi yang bertugas dengan Modestou memberitahu: "Dia kerap ke sana. Sultan menerbangkan dia dengan kelas pertama pada kos £9,000 (RM51,873).
"Semuanya ditanggung iaitu hotel dan makanan mewah, asalkan dia mahu pergi ke Brunei."
Caj biasa yang dikenakan untuk menipiskan rambut di kedai Modestou ialah £30 (RM172.87).
Kadi berkata, Sultan Brunei yang berusia 63 tahun itu membayar Modestou melalui sekeping sampul surat yang agak tebal tetapi penuh dengan wang tunai. - Agensi

Jyothi Raj Spider Man India

Spider Man India ...


PELAJAR-PELAJAR sekolah terpegun melihat aksi Raj.














RAJ menunjukkan salah satu aksinya.

NEW DELHI - Kedua-dua tangan Jyothi Raj, seorang bekas buruh binaan di negeri Karnataka, India melekat seperti watak Spider Manketika dia memanjat dinding, lapor sebuah akhbar semalam.
Jyothi, 22, menyedari dia memiliki keupayaan luar biasa itu empat tahun lalu ketika memanjat pelantar buluh yang biasa digunakan oleh pekerja binaan di rantau Asia.
Dia mendakwa tidak pernah menggunakan abah-abah atau sebarang peralatan keselamatan lain ketika memanjat.
Kebolehannya itu diperoleh selepas dia melihat monyet memanjat pokok dan menyaksikan lakonan pelagak ngeri dalam filem kegemarannya.
"Pada setiap hujung minggu, saya memanjat di kubu yang terkenal di Chitradurga untuk menghiburkan penonton," katanya.
"Saya suka melihat muka penonton apabila saya memanjat dalam keadaan terbalik dan mendengar nafas mereka terhenti kerana bimbang dengan keselamatan saya," ujarnya. - Agensi

Ditangkap onani ketika memandu kereta api

Ditangkap onani ketika memandu kereta api

Onani ketika memandu...


SEBUAH kereta api Virgin. - Gambar hiasan



LONDON - Seorang pemandu kereta api, Virgin Trains berhadapan tindakan disiplin selepas beliau ditangkap melakukan onani
sewaktu memandu lokomotif pada kelajuan 201 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemandu kereta api itu turut didakwa membelek majalah lucah semasa kejadian tersebut.
"Lelaki itu merupakan pemandu yang baik tetapi kes ini menyebabkan kerjayanya sudah sampai ke penghujung," kata satu sumber.
Rahsia lelaki tersebut terbongkar setelah seorang rakannya memaklumkan perkara itu kepada pegawai selepas tiba di depot kereta api.
"Sebahagian pekerja lain merasakan kejadian ini sungguh memalukan. Namun, ketika itu terdapat 400 orang penumpang di dalam kereta api terbabit di laluan paling sibuk di Britain. Adalah sukar untuk memberi tumpuan sewaktu memandu ketika itu," ujarnya.
Sementara itu, jurucakap Virgin Trains berkata, pihak pengurusan menggantung kerja pemandu itu sementara menunggu perbicaraan disiplin berlangsung dan dia bakal dibuang kerja jika kesalahan itu dibuktikan. - Agensi

Gempar Lelaki buat seks dengan kuda




COLUMBIA - Seorang lelaki dituduh melakukan hubungan seks dengan seekor kuda buat kali kedua di kandang yang sama, kata pihak berkuasa kelmarin.
Aktiviti lelaki itu, Rodell Vereen, 50, (gambar) terbongkar selepas pemilik haiwan tersebut, Barbara Kenley memasang kamera litar tertutup (CCTV) setelah mendapati kudanya itu berkelakuan aneh beberapa minggu lalu.
Kenley yang merupakan seorang wanita itu terkejut apabila melihat Vereen melakukan hubungan seks dengan kudanya menerusi CCTV.
Dia bertindak menahan suspek dengan menggunakan senapang patah ketika Verren sedang berasmara bersama kudanya yang berusia 21 tahun.
Pada tahun lalu, Vereen ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan kuda yang sama dan dihukum berada dalam pemerhatian polis.


Vereen kini ditahan di dalam penjara dan akan menunggu nasibnya pada minggu depan. - AP