Latest Updates

Triple X Scar Tattoo

Ini adalah salah satu bekas luka tatto yang sangat menyakitkan dan mengerikan.Ia merupakan luka tatto "Triple X" di leher,mungkin orang ini adalah peminat nombor satu filem terkenal "Triple X",sehingga sanggup membuat tatto yang sangat menyakitkan ini,namun demi kepuasan diri,dan untuk kelihatan lebih hebat, semua itu sanggup di lakukan.

Tanpa bius...

Ngeri...

Sisa daging dan kulit akibat tatto "Triple X"


Bila alam mengejek manusia

Apa yang anda fikirkan bila melihat gambar-gambar ini?Sekadar kebetulan atau sebenarnya alam sedang mengejek atau mengajuk manusia yang sedang mengalami keruntuhan moral di mana-mana ...













Gempar akar pokok menyerupai budak

Misteri...jelas kelihatan seperti kanak-kanak lelaki

Seorang petani di China Zheng Dexun,63 tahun terperanjat kerana menemui akar pokok herba yang sangat mirip seorang kanak-kanak.Akar herba berasal dari jenis "Knotweed china" ,digunakan secara meluas sebagai penyembuh
berbagai penyakit.
Lengkap...sifat
"Saya terkejut akar itu begitu besar dan sangat jelas seperti kanak-kanak lelaki,ia lebih besar dari cucu saya"katanya.
Tinggi akar tersebut 62 cm. Kelihatan jelas tangan, kaki, dan kepala. Zheng berkata: "Saya tidak tahu apakah itu baik atau buruk untuk menggali akar knotweed Cina yang kelihatan seperti manusia",atau saya masukkan kembali ke dalam bumi.!"

AUDI SHARK,Kenderaan masa hadapan

Menakjubkan...Audi Shark,kenderaan masa depan keluaran Audi

Dalam air...menjadi ikan

Di darat... menjadi kereta

Di udara...menjadi kapal terbang

Gempar Imej hantu pocong dirakam

Gempar Imej hantu pocong dirakam
GAMBAR yang dirakamkan oleh Suharno menunjukkan hantu pocong di belakang anaknya.


DESA BETUNG, Indonesia - Seorang lelaki, Suharno secara tidak sengaja terakam gambar hantu pocong semasa dia sedang merakamkan gambar anak perempuannya, Jesika, lapor sebuah akhbar semalam.
Apabila dia melihat gambar tersebut, Suharno terkejut kerana di belakang anak perempuannya terdapat imej pocong berwarna putih sedang berdiri.
Dia turut bimbang Jesika dilanda trauma kerana fenomena aneh itu.
Gambar itu dirakamkan semasa Jesika bermain di halaman belakang rumah mereka di sini, Sumatera Selatan pada 10 Jun lepas.
Lebih membimbangkan Suharno, dia diberitahu oleh seorang bijak pandai tempatan bahawa pocong itu mengikuti anaknya kerana hantu tersebut sedang mencari korban.
Pocong merupakan hantu yang tubuhnya dibalut dengan kain putih.
"Saya bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Meskipun kebenaran kata-kata orang bijak pandai itu belum pasti, saya berharap anak saya selalu berada dalam lindungan Yang Maha Kuasa," katanya. - Agensi

Pemilik ular kepala wanita ditangkap

GAMBAR menunjukkan ular berkepala wanita milik Zamroji yang sebenarnya cantuman antara kepala kelawar dengan badan ular.

JAKARTA - Pemilik tubuh seekor ular berkepala wanita yang sudah mengeras, Zamroji dari Kabupaten Blitar ditangkap polis untuk disoal siasat ekoran haiwan itu rupa-rupanya palsu dan bukan tulen, lapor sebuah akhbar semalam.
Zamroji yang merupakan seorang petani ditangkap kelmarin selepas ujian makmal oleh sebuah agensi perlindungan hutan mendapati kepala ular yang disangka wanita itu sebenarnya kepala kelawar yang dilekatkan pada badan ular jali.
Kepala kelawar itu dilekatkan pada badan ular itu yang didakwa oleh Zamroji ditemui di sawah miliknya pada Sabtu lalu di bawah pohon pisang.
Badan ular itu asli dan sudah direndam dengan air panas.
Rambut kuda ditanam pada kepala kelawar supaya ia kelihatan mirip seperti wajah wanita.
"Taring dan jari adalah milik kelawar yang diawet," kata seorang pegawai polis, Edi Herwiyanto.
Menurutnya, Zamroji mengaku haiwan yang dipamerkan kepada orang ramai itu sebenarnya palsu dan diperolehi daripada seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Cipto.
Sebelum ditangkap, Zamroji mendakwa pada malam Jumaat lalu dia bermimpi bertemu seorang wanita yang cantik sebelum menemui haiwan itu.
Ular palsu itu sepanjang 10 sentimeter (sm), manakala rambut di bahagian kepala itu sepanjang 8 hingga 10sm. Kukunya pula sepanjang 3sm dan terdapat taring pada mulutnya.
Pada awalnya, Zamroji mendedahkan penemuan haiwan itu kepada orang ramai selepas mendapat petunjuk yang memintanya berbuat demikian. - Agensi

Ciuman perokok boleh membunuh - Pakar

Ciuman perokok boleh membunuh - Pakar


PAKAR penyelidik Australia berpendapat tabiat merokok boleh menyebarkan bakteria berbahaya. - Gambar hiasan.

MELBOURNE - Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof. Robert Booy, Pengarah Penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children"s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.
"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.
Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.
"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof. Booy.
Pandangan Booy itu bagaimanapun dipersoalkan oleh dua pakar perubatan tempatan.
Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Respiratori, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Fauzi Md. Anshar ketika dihubungi semalam menjelaskan, setakat ini tiada kajian khusus yang mengesahkan perokok membawa bakteria berbahaya.
"Bakteria meningococcus biasa terdapat dalam sistem pernafasan baik perokok atau tidak.
"Namun jika ia menjangkiti kanak-kanak yang mempunyai tahap imunisasi lemah, ia boleh mengakibatkan meningitis dan membawa maut,'' katanya.