Latest Updates

Bentuk hati akibat fenomena alam


                                   PLAY !

PULAU SPITZBERGEN, NORWAY - Satu fenomena alam semula jadi berlaku apabila satu bentuk hati yang sinonim dengan lambang cinta terbentuk selepas ais cair di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


Bentuk itu terjadi disebabkan oleh perubahan cuaca yang mencairkan glasier di pulau tersebut yang terletak 997.28 kilometer dari Kutub Utara.
GAMBAR menunjukkan lubang berbentuk hati yang dirakamkan oleh jurugambar Bruno Mazodier di Pulau Spitzbergen, Norway.
Beberapa blok ais terperangkap ketika glasier bergerak menyebabkan satu lubang berbentuk hati berlaku yang kemudian dipenuhi air akibat hujan dan ais mencair.

Pulau itu mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di bahagian utara bumi walaupun jumlahnya tidak dapat menandingi beruang kutub.

Seorang pakar dari Universiti Aberystwyth, Dr. Bryn Hubbard berkata: "Glasier di kepulauan ini sudah berkurangan tetapi bentuk hati itu merupakan satu keganjilan. Anda perlu melakukan usaha terbaik untuk mencari satu lagi bentuk seperti itu." - Agensi

Gempar wajah menyeramkan di langit




                                PLAY !

ANKARA - Menakutkan. Itulah yang dapat dikatakan tentang wajah beberapa makhluk jahat yang terbentuk di angkasa hasil formasi awan.

Wajah-wajah 'makhluk jahat' itu dirakam oleh seorang remaja, Mehmet Candar, 18, dengan menggunakan telefon bimbit berkamera di bandar Konya di wilayah Bozkir, Turki.

Mehmet berkata, dia dan bapa saudaranya bangun awal pagi untuk merakam seekor merpati istimewa yang kerap dilihat pada waktu subuh ketika fenomena itu berlaku.
"Kami melintas masjid di tempat kami apabila menyedari imej pelik itu wujud di angkasa," katanya.
"Saya diserang ketakutan ketika merakamkan imej itu tetapi bapa saudara saya meneruskan rakamannya kerana fenomena itu menakjubkan," tambah remaja itu. - Agensi

Gempar video pembuatan telur tiruan


                                                     Play
Pengguna panik

KUALA LUMPUR: Penjualan telur ayam tiruan yang dikesan berlaku di pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang, kelmarin menimbulkan rasa panik kebanyakan pengguna sekitar ibu kota yang hampir keseluruhannya tidak mengetahui perbezaan antara telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan.


Malah, kewujudan telur ayam tiruan itu menyebabkan segelintir daripada pengguna gusar hingga sanggup membuat keputusan tidak akan membeli bekalan telur ayam di pasaran untuk sementara waktu atas alasan bimbang turut menjadi mangsa membeli telur ayam tiruan.

Tinjauan di beberapa pasar basah, pasar raya, kedai borong dan kedai runcit sekitar ibu kota mendapati isu kewujudan telur tiruan berkenaan turut dikhuatiri bukan saja pengguna malah mendatangkan kebimbangan semua peniaga akibat khuatir bekalan telur yang dijual adalah tidak asli.
Tiruan...Yang mana satu ?
Peniaga, R Gopal, 30, berkata berita mengenai penjualan telur ayam tiruan yang diperbuat menggunakan bahan pengawet akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan tubuh badan amat merisaukannya kerana bimbang perkara berkenaan akan menjejaskan penjualan telur di pasaran.

Menurutnya, dia percaya bekalan telur yang terdapat di kedainya adalah asli kerana sudah melakukan penelitian dengan memecahkan beberapa biji telur untuk melihat isi kandungan telur tersebut bagi memastikan keaslian telur itu.

“Mengikut maklumat yang saya ketahui, telur tiruan berbentuk seperti telur gred A tetapi selepas dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur selain berbuih dan kelihatan cair berbanding telur asli,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Pengguna, Abdul Rahim Hashim, 26, berkata isu kewujudan telur ayam tiruan di pasaran memang mengejutkan dan seolah-olah tidak percaya terdapat pihak yang sanggup melakukan perkara itu demi mengaut keuntungan semata-mata.

Abdul Rahim berkata, perkara berkenaan perlu dipandang serius terutamanya kepada pihak berkuasa dan individu yang berkaitan bagi sama-sama membanteras perkara ini daripada terus merebak di seluruh pasaran tempatan.

Robot seks wanita dijual RM23,642



HINES membetulkan kepala robot Roxxxy di bilik pameran syarikat TrueCompanion pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di Las Vegas kelmarin.



LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy
mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.


LIHAT VIDEO ROBOT SEKS " ROXXXY "


Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.
"Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki," kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.
"Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia," tambahnya.
Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.
Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).
Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.
Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. - AFP

Sotong guna tempurung kelapa

Bijak-bijak . . .



SOTONG kurita bersembunyi dalam tempurung kelapa.


SYDNEY - Sotong kurita mungkin lebih bijak daripada sangkaan anda.
Saintis-saintis mendedahkan
sotong itu menggunakan dua tempurung kelapa untuk dijadikan tempat perlindungan di dasar laut.
Penemuan itu didedahkan di sini semalam dan kes pertama dikesan berlaku di Sulawesi Utara dan Bali, Indonesia.


SOTONG kurita membawa tempurung kelapa ke dasar laut.



VIDEO SOTONG YANG BIJAK GUNA TEMPURUNG KELAPA

Sayang betul sotong ini dengan tempurungnya,kehulu-kehilir di bawanya.Ini sudah kes "Sotong bawah tempurung" bukan lagi "Katak bawah tempurung" Ha..ha..ha...
Seorang penyelidik biologi, Julian Finn berkata, dia terkejut melihat sotong itu menjadikan tempurung sebagai tempat perlindungan mudah alih. 

Gempar biri-biri berwajah manusia

Dead Lamb with Human Like Face
Gempar...anak biri-biri lahir berwajah manusia
Di kota tidak jauh dari Izmir, Turki, seekor biri-biri melahirkan anak biri-biri mati dengan wajah yang sangat mirip manusia.Doktor haiwan tempatan Erhan Elibol yang menyambut kelahiran
tersebut amat terkejut.Kepala biri-biri mempunyai ciri menakutkan. Seperti mata, hidung dan mulut semuanya sangat mirip manusia dalam penampilan.Hanya telinga yang berbentuk seperti biri-biri.
VIDEO BIRI-BIRI BERWAJAH MANUSIA

Doktor haiwan berusia 29 tahun itu dipetik berkata ... "Aku telah melihat mutasi dengan lembu dan biri-biri dahulu. Saya telah melihat anak lembu bermata satu, anak lembu berkepala dua, anak lembu berkaki lima. Tapi ketika aku melihat anak biri-biri ini aku tidak boleh percaya mata saya,sungguh mengejutkan saya".

CNNTurk.com melaporkan bahawa mutasi seperti ini paling mungkin terjadi sebagai akibat dari ibu kambing biri-biri sedang mengandung diberi makanan dengan kuantiti yang banyak dari Vitamin A.




Jumpa tengkorak di Marikh

Jumpa tengkorak di Marikh

Tengkorak di Marikh?




GAMBAR dalam bulatan menunjukkan objek mirip tengkorak manusia yang ditemui di Planet Marikh.SYDNEY - Seorang pemerhati objek terbang yang tidak dikenali (UFO), Michael Middleton menjadi terkenal selepas dia mendakwa terdapat tengkorak dalam gambar planet Marikh yang dirakamkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Middleton menemui objek yang menakutkan itu dalam sekeping gambar yang dirakamkan oleh kapal angkasa kawalan jauh iaitu Spirit Space Robot milik NASA dan disiarkan di laman web agensi berkenaan baru-baru ini.
Penemuan itu berlaku selepas satu objek yang didakwa sebagai tengkorak makhluk asing dijumpai di permukaan Marikh baru-baru ini.
Warga Australia tersebut mendakwa tengkorak berwarna putih seperti tulang manusia itu kelihatan terserlah berbanding latar belakang permukaan planet itu. - Agensi