Latest Updates

Monyet bercinta dengan ayam betina

Monyet bercinta dengan ayam betina

Monyet oh monyet...



GAMBAR menunjukkan seekor monyet memeluk ayam betina di Desa Pasirian, Jawa Timur.






LUMAJANG - Seekor monyet di Desa Pasirian di sini 'jatuh cinta' pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam.
Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.

Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.
Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.
Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.
"Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah," kata Ali.
Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya.
Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.
Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat 'percintaan' antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.
Semasa monyet dan haiwan itu 'berkasih-kasihan,' penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa. - Agensi

Lembu berada di atas bumbung rumah

Lembu berada di atas bumbung rumah

Lembu boleh melompat?


GAMBAR menunjukkan seekor lembu berada di atas bumbung sebuah rumah di Blagdon, England.



BLAGDON, England - Seekor lembu melompat di atas bumbung sebuah rumah di sini sekali gus menyelesaikan kes beberapa bumbung rumah rosak yang disangka sebelum ini dilakukan oleh perompak, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang remaja berumur 17 tahun, William de Cothi menyatakan dia melihat lembu itu berada di atas bumbung sebuah rumah menerusi tingkapnya.
"Pada mulanya, ia merupakan satu ilusi. Namun, selepas saya melihatnya dengan teliti, lembu yang berada di atas bumbung itu memang satu realiti," katanya.
Remaja itu menyatakan dia pernah mendengar bahawa lembu boleh melompat.
Cothi turut memberitahu keluarganya supaya melihat lembu itu.
Dia turut merakamkan gambar tersebut.
Sebelum ini, pemilik rumah itu telah menghubungi polis selepas menganggap kemungkinan perompak cuba pecah masuk kerana bumbung rumahnya rosak.
Namun, seorang pegawai polis, Ray Bradley berkata: "Pada awalnya, ia direkodkan sebagai satu rompakan tetapi saya gembira kerana saya boleh membuangnya (kes itu)." - Agensi

Manusia tanpa lubang hidung

[Image: nose_plugs_of_the_apatani_women_07.jpg]

Sanggupkah anda bernafas mengunakan mulut sepanjang hayat anda? Bagaimana sekiranya anda terkena selsema dan anda pula tiada lubang hidung,Sudah tentu menyeksakan...Tidak ada manusia yang sanggup dalam keadaan begitu.Kecuali sememangny anda lahir tanpa lubang hidung.

Tetapi inilah yang terpaksa dihadapi oleh kaum wanita suku India kumpulan Apatani.

Terletak di dataran tinggi India Apatani, Apatani atau Tani, yang merupakan
kelompok suku memiliki sekitar 60 ribu ahli.Soalnya, bagaimana mereka melakukannya?

Penyumbat berwarna hitam yang diperbuat daripada buluh lazimnya akan dipotong mengikut ukuran lubang hidung.Kemudian,penyumbat tadi disumbat kedalam rongga hidung sehingga tertutup kemas.Penyumbat hidung ini biasanya akan di ganti setahun sekali hingga saiz lubang hidung
membesar dan berukuran diameter lima sentimeter atau bersamaan panjang ibu jari.

[Image: Apatani-nose-plugs2.jpg]
Kemudian wajah mereka akan di tatu dari dahi hingga ke dagu supaya kelihatan hodoh dan menakutkan.Mengapa kaum wanitanya di perlakukan sebegitu rupa?Ia berkaitan sejarah kaum ini suatu ketika dahulu,yang selalu berperang dan anak-anak gadis suku Apatani selalu diculik dan dirogol kerana kecantikkannya.

Maka dengan cara menyumbat lubang hidung dan meletak tatu di dahi dan dagu,anak-anak gadis mereka akan kelihatan menakutkan dan tidak lagi di culik dan dirogol oleh suku kaum Nishi yang bermusuhan dengan suku kaum Aptani.
[Image: Apatani-nose-plugs4.jpg]

VIDEO WANITA KAUM APATANI TANPA LUBANG HIDUNG


Dengan arus pemodenan yang tinggal hanya warga tua yang berkeadaan begitu.Adat ini sudah pun di mansuhkan oleh kerajaan.Namun wajah-wajah unik,misteri dan menakutkan masih ada pada warga tuanya hingga kini.Wanita Apatani lahir sejak tahun 1970, tidak lagi bersedia untuk meneruskan tradisi mengerikan seperti itu lagi.

Jurugambar mirip Obama gembira

Jurugambar mirip Obama gembira







MANILA - Seorang jurugambar Indonesia yang memiliki wajah seiras bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dia seperti berada di rumah ketika menjalani penggambaran iklan ubat di Filipina, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Jurugambar itu, Ilham Anas (gambar) mendapat durian runtuh dan perhatian meluas media selepas berita bahwa dia memiliki wajah mirip Obama tersebar.
"Saya tidak terfikir akan berlakon dalam iklan televisyen atau berada di luar negara.
"Selepas menonton versi akhir iklan itu, saya turut ketawa kerana ia sungguh lucu," kata Ilham ketika ditemu bual oleh wartawan akhbar Daily Inquirer Sunday.
Agensi pengiklanan Filipina TBWA-SMP menguji bakatnya pada bulan lalu untuk sebuah syarikat ubat-ubatan selepas mendapati dia memiliki wajah mirip Obama.
"Saya terkejut dengan tawaran tersebut. Semua rakan saya turut teruja dan membantu saya membuat persiapan ke Filipina. Isteri saya juga terkejut.
"Saya berasa seperti berada di negara sendiri kerana bentuk fizikal penduduk Filipina dan Indonesia tidak jauh berbeza. Saya melakukan banyak kesilapan berlakon tetapi krew-krew pengiklanan adalah profesional dan mereka memahami keadaan saya. Mereka akan menepuk tangan setiap kali saya melakukan yang terbaik," tambahnya.
Bapa kepada seorang anak itu bekerja sebagai jurugambar majalah hiburan sejak 1995 sebelum Ilham, 34, melanjutkan pelajarannya di Belanda pada 2006 dengan biasiswa Yayasan Foto Media Sedunia. - Agensi

Kiamat akan berlaku pada 2012?

Kiamat akan berlaku pada 2012?



GAMBAR fail menunjukkan seorang wanita berjalan dekat runtuhan sebuah bangunan kaum Maya di Valladolid, selatan Mexico.- AP


NEW YORK - Dunia akan kiamat tiga tahun lagi?

Sebuah akhbar di sini semalam melaporkan berdasarkan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah, kod tersembunyi kitab Injil Perjanjian Lama dan teori pergerakan planet, dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012.
Tamadun Maya kuno yang pernah wujud kira-kira 200 Tahun Sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu.
Menurut kalendar Maya yang berakhir setiap 5,126 tahun, malapetaka besar akan menghancurkan dunia pada 2012 di mana satu zaman baru akan muncul selepas itu.
Pada 21 Disember 2012, Bumi akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.
Seorang rakyat Belgium, Patrick Geryl, 53, mempercayai kalendar Maya itu dan dia bersama-sama 20 yang lain merancang membeli tanah di Afrika sebagai persediaan memulakan tamadun manusia baru selepas kemusnahan Bumi.
"Perkara terbaik seseorang individu itu boleh lakukan berhubung ramalan itu adalah berhenti kerja dan melakukan persediaan," katanya.
Selain kalendar Maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke-10 dan terbesar dalam sistem solar, Planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar-besaran di bumi.
Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik.
Menurut mereka, Bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran. - Agensi

Mayat budak perempuan tidak reput

Mayat budak perempuan tidak reput


IMEJ menunjukkan mayat Rosalina tidak reput.



PALERMO - Satu mayat budak perempuan berumur dua tahun kelihatan sempurna seperti baru meninggal dunia walaupun sudah disimpan selama lebih 90 tahun di dalam kubur bawah tanah di sebuah biara di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Mayat budak perempuan itu yang meninggal dunia pada Disember 1920 diletakkan di dalam kubur berkenaan bersama-sama 2,000 mayat lagi.
Budak perempuan itu yang dikenali sebagai Rosalina diletakkan di dalam keranda kayu di sebuah kubur sebuah biara di Palermo di Sicily, Itali selepas meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.
Sejumlah mayat lagi yang sedang mengalami beberapa proses pereputan diletakkan di atas bangku dan ada juga digantung di dinding.
Kubur bawah tanah tersebut mula dibuka pada kurun ke-16 apabila paderi mencari alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan.
Keadaan kubur bawah tanah yang sejuk dan mempunyai batu yang dapat menyerap cecair menyebabkan mayat menjadi kering. - Agensi

Gempar jumpa ikan pelik

Gempar jumpa ikan pelik



BEBERAPA penduduk melihat seekor ikan aneh yang ditemui 
di Pantai Jambula, 
Indonesia kelmarin.


TERNATE - Penduduk Kelurahan Jambula di Ternate, Maluku Utara gempar dengan penemuan seekor ikan aneh yang terdampar
di pantai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu ditemui oleh empat nelayan kelmarin yang sedang memancing apabila ikan tersebut tiba-tiba berenang ke tepi Pantai Jambula sebelum terdampar di darat.
Keempat-empat nelayan itu terkejut melihat ikan seberat 100 kilogram itu yang berbadan hampir bulat dan mempunyai mulut kecil tetapi mempunyai sirip serta ekor yang besar.
Ikan itu mempunyai sirip tebal tetapi lembik seperti berdaging berbeza dengan ikan biasa yang mempunyai sirip yang keras.
Ekor dan sirip yang berada di bahagian bawah ikan itu seperti bersambung bersambung dengan bahagian badan.
"Tidak pernah seorang pun, walaupun orang tua, di kampung ini yang pernah melihat ikan seperti ini," kata seorang penduduk tempatan, Said Tiara. - Agensi