Latest Updates

Tamar Jalis manusia misteri

A. Jalil Miran yang dikatakan menulis siri Bercakap Dengan Jin, tidur di tepi kubur dan berjanji untuk berkahwin dengan wanita bermuka gajah.


FARIDAH pernah rasa ditindih makhluk halus semasa tidur di bilik hotel orang mati dibunuh.


NOVEL mistik, Bercakap Dengan Jin amat popular di negara ini pada tahun 1980-an. Namun, pengarangnya, Tamar Jalis, masih misteri.

Ada yang mengatakan penulis sebenar sudah berusia lebih 70 tahun dan tinggal di Bruas, Perak tetapi beliau enggan dikenali.
Seorang lagi yang dikaitkan dengan nama Tamar Jalis ialah A. Jalil Miran yang pernah menulis untuk majalah Variasari dan Variapop.
Jalil meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana sakit jantung pada usia 57 tahun.
Beliau yang juga bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya.
Hotel berhantu
Menurut isteri arwah, Faridah Lah Omar, 46, Jalil bukan sahaja gemar menulis kisah-kisah hantu, malah beliau mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib itu. Jalil turut memiliki sisi eksentriknya sendiri, kata Faridah.
Pernah arwah mengajak Faridah tidur di sebuah hotel lama di Kuala Lumpur.






“Kami jadi seronok dapat tidur di hotel dengan anak-anak. Sebaik sahaja tengah malam, dia keluar sekejap. Apabila balik, dia tanya apa yang saya rasa semasa tidur.
“Saya kata seram sejuk dan ada terdengar suara seperti orang menjerit.
“Rupa-rupanya bilik hotel itu merupakan tempat orang mati dibunuh. Terus saya tidak menerima ajakan arwah untuk tidur di hotel lagi selepas itu,” katanya ketawa.
Faridah yang berasal dari Jeniang, Kedah, berkahwin dengan Jalil selama 21 tahun dan dikurniakan dua orang anak.
Faridah menceritakan, beliau mengenali Jalil semasa membuka kedai makan bersebelahan dengan pejabat syarikat penerbit Variasari iaitu Variapop Group di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
“Pada mulanya saya tidak berminat untuk mengenalinya walaupun arwah selalu mengurat saya dengan datang makan berkali-kali dalam sehari di kedai makan saya. Dia juga selalu mengutus surat cinta.
“Ambil masa setahun juga sebelum saya dapat menerimanya. Itu pun disebabkan kelembutan dan sifat sopan santun arwah,” ujar Faridah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Beliau menyifatkan Jalil seorang yang pendiam dan tidak suka diganggu semasa bekerja sepanjang perkahwinan mereka sejak tahun 1987.
“Kadang-kadang seharian dia menghadap komputer sampai tak mandi. Malah jika bilik bersepah dengan buku kerana dia membuat rujukan, arwah melarang saya mengemasnya.
“Dia juga suka pulang lewat malam dan hanya akan balik selepas mendapat berita yang dikehendaki,” ujarnya.
Wanita bermuka gajah
Bicara Faridah lagi, Jalil mempunyai tabiat yang pelik iaitu gemar tidur di rumah tinggal yang dikatakan berhantu.
“Dia ingin rasai sendiri pengalaman terserempak dengan hantu.
“Malah jika ada individu mendakwa pernah berjumpa dengan hantu, arwah lantas pergi ke tempat yang dimaksudkan itu.
“Bila balik ke rumah, arwah akan berceritalah pada saya yang dia jumpa hantu panjang, pocong, puntianak dan sebagainya.
“Itu yang kadang-kadang membuatkan saya sukar tidur malam,” ujarnya yang pernah mengalami gangguan tidur semasa mengandungkan anak pertama.
Kata Faridah, ketika itu, beliau terasa seperti ada makhluk yang menindihnya semasa tidur.
“Selepas saya membaca ayat-ayat suci al-Quran, ia terus hilang,” kata beliau.


BUKTI Jalil pernah menuntut ilmu di Indonesia.


Bercerita mengenai arwah suaminya, Faridah memberitahu, Jalil pernah mendapat gambar seorang wanita yang mukanya mirip rupa gajah. Gambar wanita itu pula belum pernah disiarkan oleh akhbar lain semasa beliau bekerja di Variasari.
“Saya tidak ingat wanita itu dari negeri mana tetapi arwah ada berjanji akan mengahwininya jika dia dibenarkan menyiarkan gambar tersebut.
“Namun dia tidak jadi berkahwin kerana wanita itu meninggal dunia beberapa hari selepas itu.
“Banyak lagi aktiviti pelik arwah termasuk pergi berjumpa bomoh tarik duit dan sering ke Indonesia untuk menuntut ilmu dan mencari ilham.
“Kadang-kadang seminggu sekali dia akan ke sana. Dia juga memperoleh ijazah dalam bidang mistik di negara itu,” katanya.
Namun, adakah Jalil ialah Tamar Jalis yang sebenar tidak dapat Faridah menjawabnya.
“Ini kerana saya berkahwin dengannya selepas siri Bercakap Dengan Jin berakhir dan arwah sendiri tidak pernah mengakui dirinya Tamar Jalis kerana dia sememangnya seorang yang kuat berahsia,” ujarnya.


Bersama dengan penulis Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) yang muncul buat pertama kalinya selepas 30 tahun.
Harap maaf, kualiti video dan audio kurang memuaskan.


Gempar guru wanita gila seks dipenjara

IDAHO, Amerika Syarikat - Seorang guru, Ashley Jo Beach (gambar) yang ditangkap kerana menjalin hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berumur 13 tahun telah dipenjarakan selama 20 tahun, lapor sebuah akhbar.

Beach menangis di sebuah mahkamah selepas seorang hakim memberitahu bahawa dia memberi aib terhadap profesion perguruan mensia-siakan amanah yang dipikulnya.
Guru berumur 37 tahun yang mempunyai tiga anak itu mengaku menjalin hubungan sulit dengan pelajar itu selama empat bulan.
Menurut pendakwa raya, Beach yang berkahwin dengan seorang pegawai penjara 'melatih' pelajar itu untuk menjadi kekasihnya semasa dia berumur 12 tahun.

Beach mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar itu di sebuah bilik darjah yang berkunci di sekolah tempatnya mengajar di Meridian, Idaho.

Hubungan sulit itu terbongkar selepas dia ditangkap dalam keadaan separuh bogel semasa bersembunyi dengan pelajar itu di belukar dekat sekolah tersebut. - Agensi

Teori serangan UFO

BENARKAH ...Wujudnya ancaman dari UFO?
PADA malam itu, beberapa detik sebelum menjelang tahun baru 2011, beribu-ribu ekor burung blackbird jatuh bak hujan hitam di pekan kecil Beebe yang terletak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS).

Dianggarkan lebih 5,000 burung hitam bersayap merah jatuh dari langit dan bertaburan di atas jalan, bumbung dan halaman rumah di kawasan seluas 731 meter persegi. Di sesetengah kawasan, tanah bertukar menjadi gelap.
Penduduk setempat yang keluar untuk menikmati pancaran bunga api dan meraikan kedatangan tahun 2011, panik dengan apa yang berlaku dan bergegas memasuki kediaman masing-masing apabila haiwan bertubuh kecil itu mula jatuh di sekeliling mereka.
Ada bangkai yang jatuh mengenai seorang wanita yang sedang berjalan bersama anjingnya manakala seorang lagi terpaksa menggunakan payung untuk melindungi diri.
Seorang penduduk tempatan, Shane Roberts berkata, ia berbunyi seperti hujan batu yang sangat dahsyat di atas bumbung rumahnya.
"Apabila saya keluar, alangkah terkejutnya apabila melihat ketulan-ketulan hitam bertaburan. Apabila saya pergi lebih dekat, ia adalah bangkai burung," katanya yang menyifatkan kematian tersebut sebagai sesuatu yang aneh.
Sementara itu, Penyelia Jabatan Jalan bandar berkenaan, Milton McCullar berkata, ia seperti adegan dalam filem Alfred Hitchcock di mana semua lampu di papan suis kecemasan menyala dan semua orang berada dalam situasi yang mencemaskan.
Kiamat
"Ada penduduk yang panik dan beranggapan dunia hampir kiamat," ujar Ketua Polis tempatan, Ellie Cullum seperti dipetik Mail Online.
Kehadiran ribuan bangkai burung di kawasan kejiranan tersebut diterima sebagai misteri alam.


MISTERI kematian hampir 5,000 burung hitam sayap merah belum dapat dirungkai.


Namun, yang menjengkelkan penduduk setempat ialah apabila pekerja pembersih alam sekitar datang memakai sut kalis api, topi keledar dan topeng gas hanya untuk membuang bangkai burung.
Belum pun reda kes burung jatuh dari langit diperkatakan, pakar pengkaji haiwan di Arkansas bertambah bingung apabila lebih 100,000 bangkai ikan drum ditemui di sepanjang 32 kilometer di tebing dan permukaan Sungai Arkansas, berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe.
Anehnya, hanya spesies ikan drum yang didapati mati sedangkan ikan spesies lain masih hidup.
Adakah kejadian aneh ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?
Terdapat beberapa teori yang diketengahkan oleh pihak tertentu mengaitkan punca kepada misteri kematian haiwan tersebut.
Antaranya, burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet.
Malah, ada juga pendapat mengatakan kejadian tersebut adalah petanda akan berlakunya kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan oleh tamadun kuno Maya di Mexico.
Walaupun ini bukan kali pertama AS berdepan dengan kematian spesies haiwan secara misteri, namun kali ini negara Uncle Sam itu gusar dengan apa yang terjadi.
Seorang pakar dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur Universiti Arkansas, Dr. Andrew Goodwin berkata, perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.
"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.


DI Arkansas, ikan yang mati adalah daripada spesies drumfish sahaja. Peliknya ikan spesies lain yang ada di sungai sama tidak terjejas.


Dalam laman-laman blog, perdebatan mengenai punca kematian haiwan tersebut juga semakin kerap diperbincangkan.
Kali ini ramai yang mengaitkan kematian haiwan-haiwan Arkansas itu ada kaitan dengan konspirasichemical trail atau jejak kimia yang sering terjadi di negeri itu.
Menurut seorang pengikut teori konspirasi, Jeff Rense, jejak kimia dapat dilihat seperti jejak asap di udara. Ia kemudian akan melebar dan tetap kelihatan untuk tempoh beberapa jam.
Menurut beberapa pihak yang berfikiran sama dengan Jeff, mereka berpendapat jejak itu adalah bahan kimia yang sengaja disembur oleh kerajaan AS sebagai 'kawalan populasi'.
Ada juga berpendapat bahawa jejak itu adalah eksperimen pengendalian cuaca.
Bagaimanapun, teori itu meragukan kerana belum ada penemuan menyatakan semburan bahan konduktif elektrik yang menjadi sebahagian daripada program senjata super elektromagnetik boleh mengendalikan cuaca terutama pemanasan global.
Dalam sebuah buku terbitan badan pengkaji sains dan angkasa AS, mereka menafikan adanya jejak kimia tersebut sebaliknya menyatakan ia adalah wap air dan kristal ais yang membentuk jejak-jejak asap di udara.
Tidak kurang juga yang mengaitkan bunyi kuat daripada dentuman bunga api menyebabkan burung tertekan serta hilang kawalan navigasi sehingga mengakibatkannya melanggar bangunan dan pokok.
Namun, ahli akademik dan pengasas yayasan untuk Institut Kajian Gelagat Burung, Dan Cristol, menolak dakwaan tersebut.



BANGKAI burung hitam yang menghujani kawasan kejiranan Louisiana mendatangkan panik kepada penduduk setempat.



"Pesta sambutan tahun baru dengan dentuman bunga api berlangsung setiap tahun dan mengapa kejadian sama tidak berlaku sebelum ini?
"Sukar untuk meletakkan punca ke atas bunga api melainkan seseorang telah meniup sesuatu ke dalam sarang burung sehingga menyebabkan haiwan tersebut terpelanting ke udara," jelas Dan.
Di sebalik pendirian sebahagian pakar yang mengaitkan cuaca tidak stabil sebagai punca, profesor Fizik dari New York, Michio Kaku berkata, kematian misteri tersebut kemungkinan besar terjadi akibat hentaman angin laju yang ganas yang menghentam kawanan burung berkenaan.
Walau apa pun teori yang dibahaskan, sehingga kini belum ada lagi pihak yang tampil dengan hasil ujian yang boleh membuktikan punca kematian dua spesies haiwan tersebut.
Kematian haiwan yang direkodkan di Arkansas bukan yang terburuk dalam fenomena misteri ini.
Malah, rentetan daripada apa yang berlaku di Arkansas, jumlah bangkai haiwan ditemui di beberapa kawasan di AS seperti Maryland, Texas, Kentucky, Louisiana serta Florida sangat mengejutkan.

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

Sanggupkah anda?

Tidak semua pendaki-pendaki gunung di dunia ini sanggup melakukan apa yang mereka lakukan.Hatta pendaki gunung Everest pun tidak pernah melakukanya.
BAGAI MIMPI NGERI...tidur beribu-ribu kaki dari tanah.
Masa pendakian yang terlalu lama yang mengambil masa tiga hingga lima hari untuk sampai kepuncak gunung ,akan menyebabkan pendaki-pendaki gunung ini letih,lapar dan mengantuk.

BERISIKO...Yang penting dapat berehat.


MENIKMATI PEMANDANGAN...bagai hotel lima bintang.

MENGAMBIL...masa beberapa hari untuk samapai kepuncak.

DINGIN...Sampai ketulang hitam.

MEMBACA...Untuk menghilangkan kebosanan.

SEPERTI KELAWAR...bergantungan beribu kaki dari aras tanah.
Mereka tiada pilihan terpaksa tidur,makan dan berkhemah untuk beberapa malam di lereng-lereng gunug yang sangat tinggi.Mereka menggunakan sistem khemah tergantung dipanggil portaledges."Secara jujur saya tidak dapat tidur lena dalam keadaan tergantung beratus-ratus atau beribu-ribu kaki dari tanah".Kata salah seorang pendaki-pendaki itu.Sanggupkah anda?

Cerita gengster Melayu Singapura

Cerita gengster Melayu Singapura


"SELAMA 16 tahun menjadi Muslim yang jahil adalah kerugian paling besar dalam hidup saya." - Mahathir

PEMUDA ini, Mahathir Dawood, masih muda. Umurnya baru sahaja mencecah 24 tahun.
Berpewatakan menarik dan petah bercakap, beberapa potong hadis dan sirah Nabi yang dilafazkan tatkala menyertai sesi perkongsian pengalaman pada petang itu secara tidak langsung menonjolkan karakter warak lelaki ini.

"Jangan puji lebih-lebih. Saya masih baru mengenal Islam walaupun dilahirkan sebagai Muslim. Banyak lagi yang perlu dipelajari," ujarnya.
Ditemui selepas sesi kaunseling bersama remaja terlanjur di rumah perlindungan Baitul Fiqh di Subang Jaya, Selangor, Mahathir tidak lokek berkongsi sisi jahil kehidupannya.
"Saya mula kenal Allah semasa berumur 16 tahun, itu pun kerana saya berjumpa dengan orang yang selalu ajak saya sembahyang ketika direman.
"Kalau saya jumpa dengan orang yang salah lagi, mungkin sekarang saya masih sesat," katanya yang pernah dipenjarakan selama dua tahun angkara terlibat dalam rusuhan antara dua kumpulan gengster di Singapura.
Menurut Mahathir, dia terlibat dalam kumpulan Sio Kun Tong atau Salakau. Kumpulan itu juga dikenali dengan kod 369.
Ia bermula selepas Mahathir mengikut ibunya yang telah berpisah dengan bapanya berpindah ke Marsling, Singapura.
"Marsling adalah salah satu kawasan gelap di Singapura. Di situ pusat berkumpulnya penagih dadah, ahli kongsi gelap, pelacur, penyeludup, pencuri, kaki ponteng sekolah dan kaki judi, semua ada.
"Kesibukan ibu bekerja pula membuatkan saya lebih suka mencari hiburan di luar bersama kawan-kawan.
"Kami melepak, mencuri telefon bimbit dan menjualnya semula, menjadi penyeluk saku dan macam-macam lagi," kata Mahathir yang mula merokok dan menjadi ahli Salakau ketika berumur 12 tahun.
Jelas anak kedua daripada lima beradik ini, terdapat banyak kumpulan gengster di negara jiran tersebut.
Di kawasan tempat tinggalnya sahaja, ada beberapa kumpulan samseng dengan jumlah ahli melebihi 200 orang. Kumpulan samseng itu kerap bergaduh sesama sendiri.
Rebut perempuan
"Biasanya mereka bergaduh kerana tidak puas hati, mahu tunjuk kuat, luaskan pengaruh serta kawasan dan berebut perempuan," katanya.
Tidak serik bergaduh dan menjadi mangsa pukul?
"Hati saya sudah keras selepas sering terlibat dalam pergaduhan.
"Lagipun, saya cuma ada dua pilihan, sama ada memukul atau dipukul. Apabila sekali kena pukul, saya tidak akan lepaskan peluang untuk memukul orang lain pula.
"Memukul samseng dari kumpulan lain adalah cara terbaik untuk saya menarik perhatian dan keyakinan ketua," tuturnya.
Selain menjadi kaki pukul, dadah, rokok, arak dan perempuan adalah jamuan harian Mahathir.
"Saya memang tonggak tin arak macam air masak. Saya juga ada ambil ganja dan pil tidur.
"Semasa berumur 15 tahun pula, saya ditugaskan oleh taiko (ketua samseng) untuk menjaga keselamatan pelacur dan buat rundingan harga dengan pelanggan.
"Jika pelanggan enggan bayar, saya diberi tanggungjawab untuk memukul mereka," katanya.
Momen gelap kehidupan anak muda ini berakhir selepas buat kali pertama dia dimasukkan ke penjara setelah tiga tahun bergelar samseng.
Semasa menjadi tahanan reman, dia berkenalan dengan seorang tahanan lain bernama Ramo. Lelaki itu berjaya melembutkan hatinya untuk mempelajari Islam dan bersolat.
"Ramo banyak beri bimbingan dan nasihat kepada saya. Namun, perubahan itu tidak lama.
"Selepas didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun, saya terpisah dengan Ramo.
"Di penjara, saya kembali kepada tabiat lama. Solat saya abaikan.
"Bagaimanapun, selepas berkenalan dengan seorang banduan bernama Khairul Fahmi, perasaan takut kepada Allah seolah-olah ditiup kembali.
"Fahmi pernah bunuh orang dan dijatuhi hukuman penjara. Rakannya pula dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
"Terlepas daripada hukuman gantung sangat menginsafkannya. Ia seperti mati hidup semula. Fahmi menjadi rakan banduan yang rajin mengajak saya solat bersama dan mendalami agama," cerita Mahathir.
Apabila difikirkan semula, lelaki ini amat bersyukur kerana sempat kembali ke landasan kehidupan yang sepatutnya.
Benarlah katanya, walaupun majoriti masyarakat memandang rendah institusi penjara, lain pula bagi Mahathir.
Jihad
Padanya, di sebalik tembok dan jeriji besi itulah dia mengenali serta memahami Islam yang kini menjadi pegangan hidupnya.
"Di bilik pengasingan itu saya dapat mengubah diri daripada hamba dunia kepada Muslim yang dahagakan ilmu akhirat," ujarnya yang sempat mengumpulkan tahanan beragama Islam dan membentuk satu kumpulan jihad menentang kezaliman Israel ketika di penjara.
Dua tahun menjalani hukuman, perubahan positif Mahathir kurang disenangi ibu dan adik-beradikya. Tindakan Mahathir menegur cara hidup mereka yang selama ini kebaratan hanya menimbulkan kemarahan.
"Ibu tidak suka jika saya menasihatinya untuk bersolat dan menutup aurat. Adik-beradik yang lain pula menempelak dan memaki hamun.
"Katanya, bekas banduan yang pura-pura alim seperti saya tidak layak untuk menasihati mereka.
"Saya ambil masa dua tahun untuk pujuk mereka. Lama-kelamaan, mereka menerima saya kembali dan beransur-ansur mendalami Islam.
"Malah, adik saya yang paling kuat menentang kini sedang tekun mempelajari al-Quran.
"Syukur, Allah memakbulkan doa saya. Saya cukup takut jika ada ahli keluarga yang meninggal dunia dalam keadaan yang tidak diredai Allah," ujarnya sebak.
Penghijrahan Mahathir kali ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
Sebaliknya, dia berazam untuk mendekatkan dirinya sekarib mungkin dengan al-Quran, bahkan dalam telefon pintar miliknya, hanya rakaman surah-surah al-Quran yang disimpan.
"Saya haramkan telinga saya untuk mendengar muzik. Begitu juga mata.
"Sangat sedikit rancangan di televisyen yang saya tonton," katanya yang kini mendalami bahasa Arab dan kefahaman Islam di Kolej Islam Mahmoodiah, Singapura.

Jangan makan limau madu

Jangan makan limau madu


Limau madu yang didakwa mengandungi racun serangga Ethion berlebihan yang boleh membawa maut kepada si pemakannya.

NARATHIWAT (Selatan Thailand) - Pengguna di Malaysia dinasihatkan tidak membeli buah limau madu dari negara ini kerana ia dikesan mengandungi racun serangga Ethion yang berlebihan dan boleh mengancam kesihatan sehingga membawa maut.

Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan Antarabangsa), Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Rantau Panjang, Dr. Mahyin Abd. Hakim berkata, racun serangga tersebut dipercayai digunakan tanpa kawalan oleh petani di negara ini bagi mengelakkan buah limau madu itu rosak akibat serangan serangga.
Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan racun serangga itu meresap ke dalam buah limau madu itu sebelum dipetik dan dipasarkan.
"Buah limau madu dari negara ini mula dikesan mengandungi racun serangga Ethion pada tahun lalu hasil kajian yang dilakukan ke atas sebahagian buah tersebut yang dieksport ke Malaysia," katanya.
Daripada ZAID MOHD. NOORzaid.mohdnoor@kosmo.com.my

Imej bandar ganjil di kaki langit



SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini.

HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.
Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

Break Dancing Gorilla

Zola, sembilan tahun, adalah salah satu daripada lapan ekor gorila kini tinggal di Calgary Zoo .
EWAHH...Joget sakan si Zola ni
Si Zola suka bermain di air sambil berjoget,seolah-olah joget "Breakdance".Itulah kegemaran si Zola,pantang ada lopak air,pasti dia berjoget ",Kata penjaga zoo tersebut.

4 Makanan paling bahaya di asia

Menurut satu kajian di barat,negara asia banyak mempunyai makanan yang merbahaya untuk di makan.Dan menurut mereka lagi tukang masak asia mempunyai kepakaran maut,Dan benar-benar berani.Inilah antara ribuan makanan maut menurut kajian mereka.Jangan terperanjat ! tempat pertama buah kebangaan kita,raja segala buah...
DURIAN
LAZAT...Tapi mudarat
Jika anda memakan buah durian kemudian minum arak ianya boleh mendatangkan maut serta merta.Oleh sebab itu buah durian sangat di takuti oleh mat atau mek salleh (orang putih).

kandungan kalori dan gula dalam ulas-ulas durian itu antara aspek yang harus diberi pertimbangan sebelum kita menelan semua ulas yang ada di hadapan mata.Terutamanya jika anda penghidap kencing manis,semput,stroke dan lemah jantung.

OTAK MONYET
ZALIM...Otak monyet di makan hidup-hidup

Ini hidangan orang-orang Cina, bukan sahaja akan  menjadikan perut anda mual, tetapi juga boleh berpotensi berbahaya untuk kesihatan anda. Jika anda makan otak monyet anda boleh dijangkiti dengan penyakit yang sama dengan penyakit lembu gila.

Kenikmatan yang ada sangat berbahaya, karena ada resiko spongiform encephalopathy, penyakit otak yang  terbukti sangat merbahaya buat manusia.

Tikus panggang dan sup kelawar
TIKUS PANGGANG...Geli dan jijik
 Jika tidak betul masak, anda boleh akhirnya mati. Daging kelawar dan tikus boleh mengandungi parasit atau patogen yang boleh membuat anda sakit tenat.

Akhirnya anda akan  sentiasa menyalahkan tukang masak atas penderitaan anda.
SUP KELAWAR...dikatakan mujarab untuk lemah syahwat