Latest Updates

Ini bukan mukjizat

Misteri... Sejadah berdiri di bongkar

REAKSI orang ramai yang mudah percaya kepada perkara ajaib hanya menonjolkan mentaliti yang rendah.




ADA yang percaya kisah sejadah berdiri dengan sendirinya dilakukan oleh kuasa ghaib. Tidak kurang juga yang melihatnya sebagai helah individu ‘nakal’ semata-mata.Sila lihat video-video berikut.



Di sebuah rumah di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas, Kelantan, contohnya, sehelai sejadah milik Sharifah Nor Syed Agil, 61, disaksikannya dan anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, berdiri dengan sendirinya. Menurut mereka, sebelum itu sejadah itu terlipat dan diletakkan di tempat yang lain.
Rupa bentuk sejadah itu digambarkan mereka seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.
Beberapa lagi insiden yang sama berlaku dalam skala besar di beberapa buah surau di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang melibatkan sehingga 35 helai sejadah pada satu masa.
Bagi mencari kebenaran insiden itu, krew Jurnal mencuba sendiri untuk membuat sehelai sejadah berukuran 110 sentimeter darab 70 sentimeter dan berketebalan 0.3 sentimeter berada dalam posisi berdiri.
Ternyata, dengan sedikit tenaga dan kreativiti untuk melipat sejadah itu, ia dapat berdiri sendiri dengan mudah dan stabil sehingga ketinggian lebih 50 sentimeter. Malah, bentuk seorang lelaki atau wanita duduk di antara dua sujud juga berjaya kami hasilkan dengan merujuk gambar yang pernah dirakam di tempat-tempat kejadian.



Menurut Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan merangkap Timbalan Dekan ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid, kisah yang menggemparkan Malaysia lewat seminggu itu hanyalah pembohongan semata-mata.
“Malang sekali masyarakat kita masih tebal dengan perkara tahyul dan khayalan seperti itu. Saya tidak melihat kepada sejadah itu, sebaliknya mentaliti masyarakat. Ia hanya menunjukkan kita terkebelakang berbanding taraf masyarakat berfikiran maju yang kononnya dipegang selama ini.

SEHELAI sejadah berdiri di sebuah rumah di Taman Haji Mohd. Amin, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.



“Kalau dibandingkan dengan rakan-rakan negara jiran, kita sudah menunjukkan taraf pemikiran yang rendah dan mengecewakan.
“Nampaknya masyarakat kita masih belum bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti itu. Saya juga benar-benar berharap para ulama cukup sensitif dan cepat memberi reaksi kepada perkara seperti itu,” ujarnya.
Merujuk kes sejadah berdiri di surau di beberapa negeri, Mahmood berpendapat ia hanyalah perbuatan kanak-kanak nakal. Silapnya, kata Mahmood, masyarakat terlalu cepat mempercayainya sebagai sesuatu yang ajaib.
“Apabila ia terlalu ‘dipopularkan’ maka individu yang bertanggungjawab tidak berani lagi untuk tampil ke depan dan mengakui tindakan mereka. Isu ini dapat dibandingkan dengan panggilan palsu yang mencecah 80 peratus setiap tahun.
“Bagi pihak yang mengatakan surau dikunci sebelum kejadian juga saya lihat sebagai ulasan yang dibuat tanpa usul periksa sekiranya dia tidak berbohong,” bidas Mahmood.



Islam, katanya, ialah agama realiti dan tidak bersandar kepada perkara ajaib.
“Allah tidak akan menunjukkan kuasanya menggunakan cara yang sebegitu remeh. Sesungguhnya mukjizat paling besar yang diturunkan kepada kita ialah kitab suci al-Quran, yang menguji akal dan minda. Malah, saya fikir, tujuan ia dilakukan juga lebih remeh daripada yang kita sangkakan.
“Tidak mustahil sejadah didirikan untuk menarik minat orang agar berkunjung ke surau itu atau dengan tujuan memperlekeh masjid yang dibina begitu hebat tetapi jarang sekali digunakan,” katanya.
Jika pun ia dilakukan untuk mensabotaj secara meluas dengan tujuan membuatkan anak-anak muda lali, Mahmood tidak menolak ia satu permainan yang sangat nakal.
“Tidak perlulah dipanjangkan isu ini. Ia lebih banyak memalukan agama dan bangsa kita,” tegasnya.

Gempar Kembar labah-labah tumpuan sarkas



JAMUNA (kiri) dan Ganga melakukan aksi labah-labah dalam satu pertunjukan sarkas di Kolkata, India baru-baru ini.




SEPASANG kembar siam wanita yang digelar 'Adik Beradik Labah-Labah' menyara kehidupan keluarga mereka dengan mengadakan persembahan di sebuah sarkas di India, lapor sebuah akhbar semalam.Lihat video menarik ini.

Kembar berumur 39 tahun bernama Jamuna dan Gangga itu dianggap kembar ganjil di dunia kerana memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat tangan.
Selama lima jam pada setiap malam, orang ramai mengerumuni sebuah sarkas untuk menyaksikan aksi mereka 'merayap' seperti seekor serangga untuk memperoleh pendapatan £26 (RM143.50) sebulan.
Bayaran yang diterima itu mencukupi bagi menyara keluarga mereka seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.
Kembar siam itu enggan dipisahkan kerana bimbang apabila diberitahu beberapa doktor bahawa pembedahan boleh mengancam nyawa mereka tetapi seorang pakar bedah, Dr. James Stein menyatakan, ia boleh dilakukan di Amerika Syarikat.
"Tuhan telah mencipta kami seperti ini dan kami akan meneruskan hidup kami seperti mana yang ditakdirkan," kata Ganga. - Agensi

Minum kopi dapat tengok hantu

KOPI yang berlebihan boleh mengakibatkan halusinasi.
LONDON - Penyelidik Universiti Durham mendapati mereka yang gemar minum terlalu banyak kopi berkemungkinan besar dapat melihat hantu dan mendengar pelbagai suara misteri.
Kajian yang dilaporkan jurnal kesihatan Personality and Individual Differences itu dibuat berdasarkan penyelidikan ke atas 200 sukarelawan yang diminta minum lebih tujuh cawan kopi sehari.
Hasilnya mereka mengalami halusinasi tiga kali ganda berbanding yang mengambil secawan sahaja, menurut pakar psikologi, Simon Jones yang mengetuai kajian tersebut.
"Ini langkah ke hadapan untuk mengkaji faktor lebih luas berkait halusinasi malah mereka melihat sesuatu benda yang sebenarnya tiada, mendengar suara misteri dan merasakan kehadiran roh orang yang telah mati," katanya. - Agensi


Buka akaun Facebook

Bagaimana cara hendak buka akaun sosial Facebook? . Perlukah saya membuka satu lagi akaun emel baru dan bolehkah saya menguna kata laluan (password) yang sama ketika hendak membuka akaun Facebook tersebut ?
l Apakah cara masukkan imej / objek daripada kad memori telefon bimbit dan kamera digital ke dalam PC dan laptop . Apakah perisian yang diperlukan?

Bagi menjawab soalan pertama. Pertamanya anda perlu pergi ke laman web Facebook di http://www.facebook.com. Pada muka depan lama web tersebut ada ruangan pendaftaran yang dikenali sebagai Sign Up. Masukkan segala data yang diperlukan di ruangan kosong.


Bagi maklumat berkenaan dengan e-mel, anda boleh memasukkan maklumat e-mel yang sedia ada selagi ia belum didaftarkan di web Facebook ini. Sekiranya tiada e-mel, anda perlu membuat satu e-mel untuk tujuan pengesahan akaun Facebook anda setelah pendaftaran akaun di buat.
Bagi kata laluan, anda boleh menggunakan kata laluan yang sama digunakan pada e-mel tersebut.
Bagaimana pun, dari segi aspek keselamatan siber, ia tidak digalakkan. Sekiranya anda kurang memahami bahasa Inggeris, boleh tukar antara muka dengan Bahasa Melayu dengan mengklik perkataan Bahasa Melayu yang terdapat di bahagian bawah muka utama laman web tersebut.

Seterusnya klik pada butang Sign Up di bawah borang pendaftaran tersebut. Ikut arahan seterusnya. Setelah itu, pihak Facebook akan menghantar e-mel pengesahan akaun ke e-mel yang didaftarkan.
Semak dalam e-mel untuk dapatkan e-mel pengesahan tersebut.

Sekiranya ada, buka dan klik pada sambungan yang diberi. Akaun Facebook anda telah diaktifkan dan boleh digunakan. Lengkapkan beberapa maklumat yang diperlukan sekiranya perlu.
Bagi menjawab persoalan dua pula, secara umumnya, bagi telefon bimbit dan kamera digital yang mempunyai kad memori ia menyokong sambungan ke komputer. Pastikan terlebih dahulu telefon bimbit dan kamera digital yang digunakan menyokong sambungan ke komputer.

Anda boleh menyambung telefon bimbit dan kamera digital anda ke komputer dengan menggunakan :-
nKabel sambungan USB
nPembaca kad memori USB
nSambungan secara Infra-red
nSambungan secara Bluetooth.

Penggunaan kabel sambungan USB ini biasanya didatangkan bersama-sama dengan kamera digital atau telefon bimbit yang dibeli. Sekiranya tiada, ia boleh dibeli di kedai-kedai komputer atau telekomunikasi.
Bagi pembaca kad memori USB, anda perlu membelinya di kedai-kedai komputer dan pastikan ia sesuai dengan kad memori yang digunakan pada kamera digital dan telefon bimbit.
Seterusnya pastikan sambungan port USB ada pada komputer anda dan berfungsi dengan baik untuk sambungan kabel USB ini ke kamera digital atau telefon bimbit.
Hanya sambungkan sahaja kamera digital atau telefon bimbit ke port USB komputer yang dikehendaki menggunakan kabel sambungan USB.

Bagi pembaca kad memori USB, masukkan kad memori kamera digital atau telefon bimbit ke dalamnya dan sambungkan ke port USB komputer yang dikehendaki.
Bagi sambungan secara Infra-red atau Bluetooth, ia merupakan sambungan tanpa wayar. Telefon bimbit dan kamera digital berserta komputer yang hendak dihubungkan dengan cara ini perlu mempunyai fungsi sambungan Infra-red dan Bluetooth. Ia perlu aktifkan kemudahan sambungan tersebut di antara peralatan-peralatan tersebut.

Sekiranya, apa sahaja jenis sambungan telah berjaya dihubungkan di antara telefon bimbit dan kamera digital dengan komputer, pemindahan fail boleh dilakukan seperti biasa menggunakan Windows, Linux dan sebagainya seperti Windows Explorer. Anda hanya perlu klik dan salin sahaja daripada peralatan tersebut ke komputer dan sebaliknya.
Ia tidak memerlukan perisian yang khas untuk pemindahan fail. Namun demikian ada perisian-perisian tertentu yang boleh digunakan untuk mengurus fail-fail yang terdapat di dalamnya.
Kadang kala pihak pengeluar kamera digital atau telefon bimbit menyediakan perisian untuk melaksanakan pengurusan fail dan sebagainya.

Gambar permukaan bulan yang sebenar disiar



GAMBAR terbaru permukaan bulan disiarkan oleh Agensi Angkasa Jepun semalam.



PANORAMA yang menunjukkan Bumi dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat Kaguya milik Jepun.TOKYO - Agensi Angkasa Jepun menyiarkan gambar terbaru permukaan bulan yang dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat kecil iaitu Kaguya beberapa minit sebelum ia terhempas, lapor sebuah akhbar semalam.
LIHAT VIDEO BERIKUT.


Gambar-gambar itu sempat dirakamkan menerusi kamera berdefinisi tinggi sebelum kapal penyiasat itu terhempas pada 11 Jun lalu.
Imej permukaan bulan yang tandus dan beralun-alun itu semakin jelas sebelum Kaguya terhempas. Bayang-bayang panjang turut kelihatan pada permukaan bulan kerana kapal tersebut mendarat ketika matahari terbenam.
Rakaman akhir pendaratan itu gelap kerana kapal itu memasuki kawasan bayang yang tidak mempunyai cahaya sekali gus tiada impak mendarat dapat dirakam.
Proses mendarat yang dikawal itu menyempurnakan misi pemerhatian bulan Kaguya yang dilancarkan pada 14 September 2007 dengan kos £353 juta (RM2 bilion).
Kaguya melakukan kerja-kerja pemetaan, meninjau permukaan bulan dan mengkaji medan magnetik dalam tempoh dua tahun. - Agensi

AS tipu dunia mendarat di bulan?

TIDAK ada bintang di belakang seorang angkasawan AS yang berjalan di bulan pada Julai 1969.

LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.Sila lihat video-video berikut.





Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.
Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.


Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.
Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.
Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus.
Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu.
Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.
Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan.


Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.




TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa tidak ada dalam gambar.



Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.
Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.
Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.
Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.
Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.


Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).
Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.
Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.
Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.
Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.
Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.
Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang.
Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.
Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.
Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.
Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.
Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.
Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan.
Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.
Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.
Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
"Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill.



Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.
Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan."
Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.
Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.
Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.
Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi


CLICK HERE ! FOR MORE INFO !


BROWSE 6X FASTER WITH OPERA MINI!

Hate the feeling of wanting to Like your friend's FB comment and at the same time, you want to reply your other friend's Twitter comment as well?

It is loading oh-too-slow!

Get the legendary Opera Mini with DiGi today! 6x faster Internet browsing so it's faster than ever!

SMS "Opera" to 2000 to download and it is FREE now. Don't forget to share them with your friends!

Jerman lebih awal bina Stealth



Prototaip pesawat tentera Nazi Jerman iaitu Horten 2-29 mirip Stealth milik Amerika Syarikat.

BERLIN - Rangkaian National Geographic akan menyiarkan dokumentari yang menunjukkan Jerman sudah membina pesawat mirip Stealth milik Amerika Syarikat (AS) ketika di zaman pemerintahan mendiang Adolf Hitler.
Lihat video pesawat tersebut.


Pesawat itu sudah dibina 30 tahun lebih awal sebelum AS berjaya memajukan teknologi kalis radar yang digunakan oleh pesawat Stealth.

Namun, jurutera-jurutera tentera Nazi cuma sempat membina tiga prototaip pesawat itu dan gagal meneruskan pembinaan secara besar-besaran kerana tewas dalam Perang Dunia Kedua.
Pesawat yang dikenali sebagai Horten 2-29 dan ujian pertama dilakukan pada Mac 1944 manakala kos pembinaannya ialah AS$250,000 (RM885,001) dengan menggunakan enjin BMW 003A.
Beberapa pakar menyatakan jika pesawat itu dikeluarkan secara besar-besaran, kemungkinan Perang Dunia Kedua akan dimenangi oleh Jerman. - Agensi

Gempar Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928

Telefon bimbit wujud pada 1928 ?


IMEJ dalam filem The Circus tahun 1928 menunjukkan seorang wanita (dalam petak) seolah-olah sedang bercakap dengan menggunakan telefon bimbit.



LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.
Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.
Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.
Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.
Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.
Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.
"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.
Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika. - Agensi

Gempar Wanita bogel naik bas di Singapura



GAMBAR yang disiarkan asianoneNews menunjukkan aksi seorang wanita bogel yang menunggu dan menaiki sebuah bas di Bedok, Singapura kelmarin.





SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNewssemalam.
Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.
Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.
Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.
Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.
Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.
Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.
Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.
Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.
Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.
Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi

Masjid Al-Aqsa didakwa akan runtuh



GAMBAR menunjukkan lokasi Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Emas.





BAITULMUQADDIS - Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt Newspada Jumaat lalu.
Menurutnya, masjid itu akan runtuh namun bila ia akan berlaku setakat ini masih belum diketahui.
Lev-Ran menyatakan satu pelan kecemasan telah disediakan setiap kali solat diadakan di masjid itu pada bulan Ramadan.
Menurutnya, pihaknya dan polis sentiasa berada dalam keada berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan.
Namun, para pemerhati percaya kenyataan Lev-Ran itu merupakan satu ujian bagi mendapatkan reaksi penduduk Arab.
Rancangan untuk memusnahkan masjid itu sudah dilakukan oleh pembuat-pembuat keputusan Israel.
Bagaimanapun, masa yang sesuai sedang dicari untuk melaksanakannnya.
Kenyataan runtuhan masjid itu dibuat selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di bawah tapak masjid berkenaan oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel. - Agensi

Video rakam cahaya misteri di atas Masjid Al-Aqsa



PADA Jumaat lalu, satu cahaya misteri (dalam bulatan) turun dari langit ke Kubah Emas, Baitulmuqaddis.


BAITULMUQADDIS - Satu klip video disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan dengan jelas satu cahaya misteri berbentuk seperti telur berada di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini, lapor msnbc.com kelmarin.
Cahaya misteri itu dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh beberapa orang yang berada dekat dengan kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa itu pada pukul 1 pagi Jumaat lalu.
Dalam laman YouTube, terdapat beberapa perbualan orang yang menyatakan perasaan terkejut apabila melihat cahaya misteri tersebut terapung-apung di atas Kubah Emas itu.
Cahaya misteri itu kemudian bergerak terlalu laju ke atas langit Baitulmuqaddis.
Sebelum ini, terdapat dua klip video yang menunjukkan cahaya itu turun ke kawasan yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Emas.
Namun, dua klip video itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera dari jarak jauh menyebabkan lokasi tepat cahaya tersebut turun dari langit tidak diketahui.
Klip video ketiga yang kemudian disiarkan di YouTube menunjukkan dengan jelas cahaya misteri itu kerana ia dirakamkan dekat dengan bangunan Kubah Emas.
Setakat ini, kemunculan cahaya misteri itu masih diperdebatkan di kebanyakan laman web kerana ia didapati bukan piring terbang seperti yang disangka sebelum ini.
Kubah Emas itu merupakan sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk dan Mikraj. - Agensi

Hingus wartawan wanita keluar semasa buat liputan



TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.


Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini.

SAPHIA KHAMBALIA masih membuat liputan di depan kamera walaupun hingusnya meleleh di Toronto, Kanada baru-baru ini.
Ketika itu, dia membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini.

Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.

Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya. - Agensi

Hanya mulut dara dibenar petik daun teh

Hanya mulut dara dibenar petik daun teh

SEORANG gadis yang masih dara memetik daun teh China dengan menggunakan mulutnya di Ladang Jiuhua, Gushi, baru-baru ini.


GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.
Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.
Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.
"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.
Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.
Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi